Tuesday, November 20, 2012

Galeri Produk Penjara Kuantan Pahang terletak di Jalan Penjara, Kuantan berhadapan dengan Universiti Islam Antarabangsa Kampus  Kuantan menjual pelbagai produk yang dihasilkan oleh banduan dari seluruh Penjara dari seluruh Negeri di Malaysia.

Antara produk produk yang dijual di sini adalah Produk Kraftangan, Produk Simen Ferro, Produk Besi, Produk Kayu, Produk Tenun Pahang Diraja, Produk Batik,  dan Produk Songket. Selain itu juga, Perkhidmatan Dobi juga disediakan.

Tujuan Galeri Produk ini diperkenalkan adalah untuk mempamer dan menjual hasil kerjatangan para banduan  yang mengikuti program pemulihan semasa di dalam penjara. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan ,pengalaman dan kemahiran kepada para banduan apabila dibebaskan kelak.

Jabatan Penjara Malaysia juga beriltizqm untuk memberikan Latihan Kemahiran Vokasional yang bersepadu dan melahirkan penghuni yang berketerampilan dai segi sikap dan akhlak yang mulia dan berkemahiran.

Tempahan produk boleh dibuat di mana-mana institusi penjara yang berhampiran di tempat anda. Bagi yang berada sekitar Bandar Kuantan anda bolehlah berbuat demikian di Galeri Produk Penjara di sini.

Untuk keterangan lanjut anda boleh berhubung terus dengan Pegawai Perusahaan Penjara Penor di talian 095121044/095121099.